Kos pembinaan Skandal_Zon_Bebas_Pelabuhan_Klang

Projek PKFZ bernilai RM4.6 bilion dan PKA telah membayar RM1.6 bilion hingga 2009. KDSB adalah subsidiari Wijaya Baru Global Bhd (WBGB). Segala perjanjian mengikut terma dalam Akta Lembaga Pelabuhan Klang 1960.

  • RM1.845 bilion - membina empat blok bangunan pejabat untuk disewa, 512 unit industri ringan, pejabat pihak berkuasa zon bebas, pejabat kastam dan pusat pemeriksaan, pusat pameran, tempat letak kereta bertingkat, bangunan pejabat keselamatan, bangunan sokongan dan kerja-kerja infrastruktur sahaja menelan RM1.0 bilion.
  • RM845 juta - menaik taraf simpang masuk ke PKFZ, kerja infrastruktur elektrikal, pembinaan hotel kelas perniagaan, pembinaan untuk bekalan elektrik 33 kilovolt, jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat dan jalan menghubungkan jalan masuk utama ke PKFZ dengan Terminal Kontena 4 Pelabuhan Barat.
  • RM1.088 bilion - LPK membeli tanah seluas 1,000 ekar dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) . Nilaian tanah itu RM25 sekaki persegi yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.Nilaian RM25 sekaki persegi itu termasuk penambakan tanah, perparitan, pembinaan jalan masuk dan jambatan, penyediaan lampu jalan, bekalan air dan bayaran kepada pembekal elektrik, air dan telekomunikasi. Kos RM1.807 bilion dibayar balik selama 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 %.

Pembangunan PKFZ dibangunkan secara serentak, tidak 2 fasa. Semua ini atas nasihat Pihak Berkuasa Zon Bebas Jebel Ali (JAFZA - dari Dubai). Perjanjian antara JAFZA dan LPK pada Oktober 2003 dibatalkan pada Julai 2007. [4]

Kos keseluruhan PKFZ termasuk kos pembelian tanah dan kos pembangunan, kos faedah 7.5 %, yuran profesional 10 % dan variasi pesanan 20 % (sekiranya digunakan) ialah RM4.632 bilion.